• aaa.png
  • s2c.png
  • s3d2.png
  • s4.png
  • t1.png
  • t2.png
  • t3.png

Kursus Ditawarkan

Aneka Roti Dan Pastri

Aneka kek Popular

Muffin Dan Swissroll

Aneka Biskut Raya

Kek Lapis Sarawak

Frozen Food

Hiasan Kek Dengan Krim Mentega

Hiasan Kek Dengan Fondant

Aneka Kek Cawan Dan Hiasan

Home-Made Chocolate

Talam Dan Kuih-Muih Komersil

Aneka Kek Keju

Dan lain-lain. Sila rujuk Jadual Kursus untuk jadual lengkap.

Yuran Kursus

Yuran setiap kursus adalah RM160. Setiap peserta hendaklah menjelaskan terlebih dahulu yuran penuh secara Bank-In, Online Banking, Cash Deposit, ATM Transfer ataupun bayaran di kaunter mana-mana cawangan Maybank. Bayaran hendaklah dijelaskan atas nama PROKARYA PUBLISHING AND DISTRIBUTORS no akaun 5629 0000 1799 selewatnya seminggu sebelum hari kursus. Setelah bayaran dijelaskan, hantar sms ke kami untuk memaklumkan kepada kami. Sila bawa slip bayaran pada hari kursus nanti.

Tenaga Pengajar

Semua kursus akan diajar oleh Puan Noraini Bt. Zakaria yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang masakan. Beliau juga adalah seorang penulis buku masakan dan telah menghasilkan 4 buah buku. Buku beliau ialah Variasi Kek Lapis telah mendapat sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 5 kali. Buku beliau yang lain ialah Kompilasi Hidangan Kek, Kompilasi Hidangan Berkeju dan Citarasa Biskut Popular. Beliau akan terus menghasilkan buku-buku masakan bermutu pada masa akan datang.

Latar Belakang

Aniz Baking Centre adalah sebuah syarikat persendirian yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) . Ia telah ditubuhkan pada 24 November 2008. Antara matlamat syarikat ini ialah menyediakan kursus-kursus masakan jangka pendek kepada ahli masyarakat terutama kaum wanita agar dapat mempelbagaikan sumber pendapatan keluarga. Sehingga kini, sambutan masyarakat terhadap kursus-kursus di Aniz Baking Centre sangat menggalakkan dimana sehingga kini kami telah melatih lebih 3000 orang peserta. Ramai antara mereka yang telah berjaya memulakan perniagaan mereka sendiri walaupun secara kecil-kecilan dari rumah. Insyaallah mereka akan menjadi pengusaha makanan yang berjaya satu hari nanti.