• aaa.png
  • s2c.png
  • s3d2.png
  • s4.png
  • t1.png
  • t2.png
  • t3.png

Selamat Datang! Anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus kami. Pembayaran juga harus dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh kursus. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang menjelaskan pembayaran yuran terlebih dahulu dan tempat terhad kepada 20 orang sahaja.

Kelas kami bermula pada 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Anda tidak perlu membawa apa-apa kerana semua bahan telah kami sediakan. Sila jelaskan yuran secepat mungkin untuk mengelakkan kelas terlalu penuh, dan bawa slip bayaran semasa hari kursus.

Latar Belakang

Aniz Baking Centre adalah sebuah syarikat persendirian yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) . Ia telah ditubuhkan pada 24 November 2008. Antara matlamat syarikat ini ialah menyediakan kursus-kursus masakan jangka pendek kepada ahli masyarakat terutama kaum wanita agar dapat mempelbagaikan sumber pendapatan keluarga. Sehingga kini, sambutan masyarakat terhadap kursus-kursus di Aniz Baking Centre sangat menggalakkan dimana sehingga kini kami telah melatih lebih 3000 orang peserta. Ramai antara mereka yang telah berjaya memulakan perniagaan mereka sendiri walaupun secara kecil-kecilan dari rumah. Insyaallah mereka akan menjadi pengusaha makanan yang berjaya satu hari nanti.