• aaa.png
  • s2c.png
  • s3d2.png
  • s4.png
  • t1.png
  • t2.png
  • t3.png

Selamat Datang! Anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus kami. Pembayaran juga harus dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh kursus. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang menjelaskan pembayaran yuran terlebih dahulu dan tempat terhad kepada 20 orang sahaja.

Kelas kami bermula pada 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Anda tidak perlu membawa apa-apa kerana semua bahan telah kami sediakan. Sila jelaskan yuran secepat mungkin untuk mengelakkan kelas terlalu penuh, dan bawa slip bayaran semasa hari kursus.

Tenaga Pengajar

Semua kursus akan diajar oleh Puan Noraini Bt. Zakaria yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang masakan. Beliau juga adalah seorang penulis buku masakan dan telah menghasilkan 4 buah buku. Buku beliau ialah Variasi Kek Lapis telah mendapat sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 5 kali. Buku beliau yang lain ialah Kompilasi Hidangan Kek, Kompilasi Hidangan Berkeju dan Citarasa Biskut Popular. Beliau akan terus menghasilkan buku-buku masakan bermutu pada masa akan datang.