• aaa.png
  • s2c.png
  • s3d2.png
  • s4.png
  • t1.png
  • t2.png
  • t3.png

Cara Mendaftar & Membayar

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar & membayar :

1.Hubungi kami menerusi 014-3247478 atau melalui Form disediakan di ruangan 'Hubungi Kami' di atas dan nyatakan kursus yang anda ingini.

2.Jelaskan yuran penuh secara Bank-In, Online Banking, Cash Deposit, ATM Transfer ataupun bayaran di kaunter mana-mana cawangan Maybank. Bayaran hendaklah dijelaskan atas nama PROKARYA PUBLISHING AND DISTRIBUTORS no akaun 5629 0000 1799 .

3.Hubungi kami semula untuk memaklumkan bahawa anda telah menjelaskan bayaran tersebut. Sila sertakan nama anda, no telefon dan tarikh kursus anda. Kami akan menyemak bayaran anda secara online dan seterusnya memasukkan nama anda.

4.Pada hari kursus nanti, sila bawa slip bayaran tersebut untuk pengesahan.

 

 

Nota :

- Bayaran yuran hendaklah dijelaskan secepat mungkin untuk mengelakkan kelas penuh selewatnya seminggu sebelum tarikh kursus.

- Hubungi kami dahulu sebelum membuat bayaran untuk mengetahui status terkini kelas berkenaan.

- Kedatangan adalah wajib, sekiranya gagal hadir bayaran tidak akan dikembalikan.

Terma Dan Syarat

1) Aniz Baking Centre berhak membatalkan atau menunda mana-mana kelas yang didapati mempunyai kurang daripada 5 orang peserta. Bagi peserta yang telah membuat bayaran, kami akan menghubungi anda supaya boleh bertukar ke tarikh lain.

2) Tempat terhad kepada 20 orang peserta sahaja. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang telah menjelaskan bayaran.

3) Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh kursus. Sekiranya anda lewat membuat bayaran dan kelas tersebut telahpun penuh, kami berhak memindahkan anda ke tarikh kursus yang lain.

4) Sekiranya anda tidak hadir kursus pada hari tersebut atas apa-apa alasan pun, bayaran tidak dikembalikan dan tidak dibenarkan mengganti kelas lain. Bagaimanapun, anda boleh mencari pengganti untuk hadir bagi pihak anda.

5) Sebaik-baiknya hubungi kami dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran. Ini dapat memastikan kekosongan bagi kelas tersebut. Setelah bayaran dibuat, sms kami nama penuh dan tarikh kursus anda bagi mengelakkan nama anda tercicir.